CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 27, 2010

Cerita Aku Yang Karut

Meh meh nak citer pasal japang nih kt korang

1. Ada banyak saloon kat sini, merata2 bersepah2, menandakan orang jepun sangat suka potong rambut, hahaha, tak laa, kat saloon bukan servis potong rambut je kan, macam2 ada... Tapi, memang amat banyak laa saloon kat sini, boleh dikatakan setiap 10meter, haa memang pun, sebelah menyebelah pun ada kadang2 tu, tak bersaing ker ek, siap ada pengkhususan pulak tu, untuk makcik2, pakcik2, lelaki sahaja, perempuan sahaja, unisex, untuk baby/kanak2 pun ada jugak, haihhh... Jangan tanya bab bayaran, mahal sungguh! Potong rambut saja will cost you at least ¥3000(+-RM100), belum masuk cuci, massage dll, hohoho... Btw, I tak pernah lagi potong rambut di saloon, teman orang selalu ler, hihi...

2. Orang jepun mandi sehari sekali ja, tak kira laa musim sejuk ka musim panas ka. Mereka mandi style berendam dalam air panas yang dipanggil "ofuro". Tadah air dalam tub, kadang2 diorang bubuh bahan2 kimia untuk bagi kulit cantik, untuk hilangkan sakit2 sendi dan macam2 lagi. Sebelum masuk ofuro, diorang akan mandi shower dulu, cuci daki2 dan kotoran badan, syampu siap2, baru laa masuk berendam. So air yang sama tu akan digunakan beberapa hari dan kalau tinggal dalam satu big family, the whole family members guna air yang sama. Lepas seorang mandi, dia tutup tub dengan penutup untuk elak air tu sejuk. Biasanya air tak sejuk pun sebab tub diorang ada sistem pemanas. Diorang mandi waktu malam, sebelum nak tidur. Pagi esoknya cuma berus gigi dan basuh muka ja, alahai senang sungguh hidup, hahaha... Air yang dah digunakan beberapa hari tu tak dibuang tau, tapi di-recycle guna untuk basuh baju, mereka salurkan ke mesin basuh...
Kalau cakap part mandi ni, paling tak tahan bila musim panas laa, bayangkanlah kita ni mandi sehari beberapa kali, diorang selamba ja sehari sekali, bila masuk bilik kuliah, masyaAllah baunya, nak pengsan! Ni kes kampus engineering majoriti adalah lelaki, 90% okey, bukan sikit tau! Kalau kena kuliah dengan budak2 yang type pretty boys ni ok laa, habis sebotol perfume kot diorang sembur, tapi kalau kena kuliah dengan budak2 type selekeh dan tak reti jaga penampilan, sabar jer laa...

3. Orang jepun memulakan "tahun baru" mereka pada bulan 4, bersempena masuknya musim bunga, di kala bunga2 sakura sedang mekar berkembang. Bermakna sistem persekolahan dari tadika hinggalah universiti, fresh-graduate yg baru nak mula kerja dan sebagainya, semua bermula pada 1 april. Kebiasaannya graduation day mereka di buat pada bulan 3. Pengiraan usia mereka juga base on bulan 4 jugak, iaitu sebagai contoh bayi yang lahir bermula dari 1hb 4 tahun lepas hingga hujung bulan 3 tahun ni dikira sebagai satu batch, kalau masuk primary school, mereka akan berada dalam satu darjah. Faham ker ek penjelasan I ni, hehe...

4. Kebanyakan/majoriti adalah tidak beragama. Mereka lahir dalam upacara budha, kahwin sebagai kristian iaitu digereja, mati pulak dalam upacara budha. Pelik kan? Memang pelik, mereka suka2 hati ja ambil apa2 upacara agama yang rasa2 macam best, then olah2 ikut sedap sendiri. Contohnya, perayaan x-mas, kalau mengikut orang yang beragama kristian, perayaan ini adalah berbentuk family gathering. Tapi di Jepun, x-mas adalah sambutan hari kekasih, malam 25dec adalah masa untuk bersama buah hati. Nasib baik laa diorang tak minat dengan hari raya kan, hahaha, kalau tak, haru sungguh!

5. Kat sini students high school dan universiti kebanyakannya buat part time job. Skop kerja sangatlah luas. Mereka sangat rajin bekerja, walaupun di usia yang masih muda. Bekerja sambil belajar adalah fenomena biasa, yang sangat lumrah buat masyarakat jepun. Berbeza sekali dengan masyarakat kita kan, yang rata2 lebih suka bergantung harap dengan wang ringgit mak bapak, tak pandai langsung nak berdikari!

6. Kat sini valentine's day beerti hari kekasih dari perempuan kepada lelaki. Disambut pada 14februari, ketika musim ni di pasaran penuh dengan pelbaga jenis hadiah yang dikhususkan untuk lelaki sahaja. Manakala hari kekasih dari lelaki kepada perempuan pula dipanggil White day, sebulan selepas itu, iaitu 14march.

7. Makanan asasi/ruji mereka adalah nasi. Breakfast nasi, lunch nasi dan dinner pun nasi. Mereka boleh tahan makan panas2 tapi tak tahan makan pedas2. Makanan mereka rasanya kurang "pekat", tak terlampau manis, tak terlampau masin, ala2 kadar saja. Mereka sangat teliti tentang hiasan makanan. Mereka makan dalam kuantiti yang sangat banyak... Mereka suka sangat pada makanan, kalau tengok program tv, banyakkkk sangat cerita/rancangan yang base on makanan...

8. Mereka ada ramai penghibur, ramai sungguh! Kalau kat Malaysia, boleh kira berapa kerat sangat penghibur berkualiti kan, kat sini bersepah2... Siap boleh kategorikan lagi tu, ada pelawak, pelakon, penyanyi, celebrity dan macam2 lagi laa... Mostly mereka ni ada ijazah tau, pelawak yang nampak bodoh2 tu pun grad U hebat2... Kalau penyanyi pulak, diorang ni jarang buat album, mostly single, tapi boleh pulak terjual banyak2. Diorang jugak buat duit melalui sistem download lagu dll. Dengar kata Malaysia pun dah mula nak memperkenalkan benda ni, untuk tambah income artis...

9. Kedai2 makan kat sini, kita boleh order makan saja, air kosong sejuk diberi percuma, boleh tambah banyak2 kali. Kalau nak order air lain pun boleh tapi jarang laa berlaku. Family restaurant pula biasanya ada "drink bar", bukan bar arak yer, tapi pelbagai minuman yang boleh dipilih, diambil banyak kali dengan hanya bayar satu kadar harga...

10. Orang jepun sangat memandang tinggi orang putih ie orang europe ker us ker... Jepun jugak pro-US, apa2 berkaitan US mereka sokong. Tapi hampeh tak reti pun cakap english, hahaha. Diorang start belajar ABC pun masa sekolah rendah kot, diperkenalkan dengan english pun dah terlewat, sebab tu tak ramai yang mahir. Tak perlu terkejut kalau profesor, doctor atau siapa2 pun yang hebat tak pandai berbahasa english, itu perkara biasa! Malah kadang2 tu diorang "takut" dengan foreigners, sebab takut nak bercakap dalam english. Itu pasal laa kalau foreigners boleh cakap japanese, diorang sangat happy...

Cukup kot dulu buat setakat ni. Nanti2 sambung lagi...

Friday, August 20, 2010

Juadah Berbuka Puasa Yang Agak Extream







Wednesday, August 4, 2010

mY teLepHonE!!

Called you for the first time yesterday
Finally found the missing part of me
Felt so close but you were far away
Left me without anything to say


Now I'm speechless, over the edge
I'm just breathless
I never thought that I'd catch this love bug again
Hopeless, head over heels in the moment
I never thought that I'd get hit by this love bug again


I can't get your smile out of my mind
[I can't get you out of my mind]
I think about your eyes all the time
You're beautiful but you don't even try
(You don't even, don't even try)
Modesty is just so hard to find

Kissed her for the first time yesterday
Everything I wished that it would be
Suddenly I forgot how to speak
Hopeless, breathless
Baby can't you see?
Love Bug again